S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Tuesday, January 23, 2018

Aku dan basketball



Selamat pagi, assalamu'alaikum dan ohaiyo gozaimasssssuuu..!


Walaupun takde lukisan atau komik, aku update jela kan. Nak tunggu ada lukisan baru nak  update memang takkan berupdatela nampaknya blog aku ni. Mood nak melukis banyak ke longkang semenjak aku sibuk training basketball ni.


Haaaa, aku nak update pasal basketball. Aku join annual tournament, NCBL 2018. Game pertama kitorang berlangsung masa Jumaat pertama tahun baru 2018, 5 Januari 2018. Game pertama menang, alhamdulillah tapi game kedua kalah (sepatutnya boleh menang.. =_='''). Well, experience..


Untuk mengelakkan kebosanan yang maha dasyat dalam entri yang takde lukisan ni maka aku nak share gambar scoresheet untuk game 1. Asalnya nak share scoresheet untuk game 2 jugak tapi takde gambar sebab aku ada salinan asal so buat apa nak amik gambar kan..? Nanti kalau aku rajin, aku share scoresheet game 2 jugak.

Macam tak nampak apa pun tapi share jelah..hahaha..


Game seterusnya adalah pada Jumaat yang akan datang ni. Kitorang akan lawan team gagah so aku dah pasrah. Main je macam biasa tanpa perlu pikir banyak..haha.. Expect kalah tapi bukan mengalah. We have to be realistic. UvU


Tapi kengkawan, do'akan mental aku tak koyak macam game lepas. Kalau boleh do'akan kemenangan kitorang jugakla..eheeee..with extra miracle that is. Thanks in advance.


Ok, share gambar team sikit.



Haah, aku pompuan. Lupa ke? Haha.. XP


Owh, minta do'akan aku sembuh daripada demam dan sihat seperti biasa so bolehla aku main untuk game hari Jumaat ni. Kalau tak, aku tengok dari luar jela..which is such a sad thing to happen to a baller.


Ok, setakat ni je cerita pasal game untuk NCBL. Next time aku cerita pasal crush aku pulak, juga pemain basketball yang super hebat tahap teruk. Kekeke..


Later guys. Take care, OK? ^^



9 comments:

  1. hahaha hampir lupa hang perempuan :P

    ReplyDelete
  2. Aku sampai sekarang tak paham lagi score basketball ni kira camana. Semoga cepat sembuh, Lee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh aku ajar.. UvU

      Thanks.. tadi pergi amek ubat..huhuhuhu..

      Delete
  3. Woah, first time dapat tengok score sheet basketball game nih... thanks for sharing, Lee-dono. Team hang nama TITANS? :D

    Get well asap sohbat! :'3

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome.. UvUd Haah, titans walaupun orangnya kenit..haha..

      Thanks..! I need it..! QvQd

      Delete
  4. jelesnya tengok korang masih active main basketball huhu. all da best lee

    ReplyDelete
  5. Active jela.. active ditapau oleh team power..kekeke..
    Thanks anyway Incik Bus.. QvQd

    ReplyDelete
  6. Aku macam berminat nak tengok kau bermain walaupun aku tahu takkan dapat hahahaahah

    Lama gila aku tak pegang bola basket. Main memang tak power pon, tapi boleh laa sikit jadi belasahan.

    Tapi seronok tengok kau terus buat benda yang kau suka. Keep it up, Lee!

    ReplyDelete