S E L A M A T D A T A N G

S E L A M A T          D A T A N G

Super Human

Monday, June 13, 2011

Reminisce: Baling Selipar..! Kid’s Rulez!

Apesal aku tulis pasal ni? Sebab semalam ada ramai budak2 dok main baling selipar depan rumah. Aku gelak jek tengok budak2 tuh men. Ikut suke ati jek peraturan dorang pakai. Xperla, budak2 lagi tapi itula yang buatkan permainan tuh jadi lawak giler! Hahaha.
Pernah main baling selipar? Err.. Ape..tu baling selipar? (tepuk dahi!) Adeh, nila budak2 zaman sekarang. Taw PSP..PS2..PC games, x menyihatkan langsung..tapi game2 tradisional ni tataw langsung. Seb bek aku budak zaman dulu. Eceyh! XP
Ni bukan selipar jepun aku. Selipar aku selipar Hawaii.. XP
Serba ringkasla pasal game baling selipar ni..err, xla baper ringkas mane..huu..
Game ni boleh main berapa ramai pun, yang penting mesti ada 2 kumpulan. Ape yang kita perlukan untuk game ni adalah selipar 2-3 pasang and orang ramai2. Main x ramai orang x best. Kalau ramai2 lagi best and lagi happening. Masa kecik2 dulu selalu main masa musim2 rayer. Masa tuh sepupu2 ramai lagi yang kecik2, skang dah besar2. Sepupu2 yang kecik pun x men dah game tradisional camni, men game moden dah.
Selipar paling ideal untuk digunakan adalah selipar jepun macam2 kaler tuh. Ni semua untuk langkah2 keselamatan. Kalau guna kasut lain cam kasut tinggi ker alamatnya berlubangla badan korang. Bahaya2!
Bahagikan kepada 2 kumpulan dan mula2 guna 3 selipar and dirikan selipar tuh, letakkan di tengah2 antara 2 kumpulan yang dah dibahagi awal2 tadi. Kumpulan pertama akan cuba jatuhkan selipar dengan membaling selipar di tengah tadi menggunakan selipar juga, kita panggil kumpulan ni kumpulan A ye. Kumpulan satu lagi plak tunggu menghadap kumpulan yang cuba untuk jatuhkan selipar di tengah tuh, kita panggil kumpulan B plak.
Setiap orang dalam kumpulan A akan dapat satu turn. Kalau x dapat jatuhkan kena tukar turn bagi kat kumpulan B plak. Kalau dirian selipar tuh runtuh terkena balingan or jatuh sendiri, ahli2 kumpulan A sediala untuk lari menyelamatkan diri daripada kumpulan B yang akan cuba ‘membunuh’ kumpulan A dengan balingan selipar juga. Kalau x ramai yang main, satu selipar cukupla nak baling ahli kumpulan A. Kalau ramai gunala 2 selipar. Ikut budi bicara masing2..hahaha. nak baling pulak kena baling bawah pinggang. Xleh baling ikut suke jek. Hooo..
Kalau ahli kumpulan A terkena balingan selipar kumpulan B, ahli dalam kumpulan tuh dikira ‘mati’. Kalau semua ‘mati’ kira kalahla kumpulan A. Tukar turn pulak dan seterusnya. Kalau salah sorang daripada ahli A berjaya susun semula selipar di tengah tuh, kira kumpulan A menangla dan turn seterusnya kumpulan A juga yang jalan. Macam tula seterusnya sampaila penat and tanak main dah..hehehe.
KID’S RULES! The rule is only one, ‘ikut suka ati’ rule! Hahahaha...
Kalau budak2 yang men and tanpa seliaan pakar, alamat jadi huru-harala game tuh..hahaha! Tengok bebudak tuh main aku gelak sepuas2nya..hahaha! Suke2 ati dorang jek nak main camne pun. Akibat suke ati tuh satu team lagi xder can langsung nak jalan..hahaha! Apela..
Dorang main team boys vs girls. Team girls langsung x dapat turn akibat dibuli dek team boys ni. Dua2 x reti bahasa and x reti main..hahaha!
Ade kot 3 kalila team boys punye turn. Ape taknya..ada sorang budak kecik ni selalu jek terlepas. Sedar2 jek dia dah kat tengah duk susun selipar. Lepas tuh sambil pegang sambil kira 1..2..3..menang! Hahaha, mane boleh camtu. Lepas susun kena lepaskan tangan and biar je selipar tuh. Kalau jatuh and x kukuh, susun lagi sampi selipar tuh berdiri dengan elok barula..dikira menang.
Dah tu, setiap seorang boleh baling sampai 3 kali..hahaha! ada 4 orang satu team, 4x3=12..12 peluang tuh..alamat sampai bila pun team girls xkan dapat turnla..hahaha!
Yang team girls plak sambil kejar sambil pegang selipar. Dah tunggu dekat baru baling..tu pun tak kena! Hahaha! Dahla tunggu dekat baru baling, kejar plak sampai ke hujung dunia..tertinggalla kelompok selipar yang team boys kena susun x berjaga. Tu yang aleh2 budak kecik tuh meh susun senyap2. Ade jek team girls yang nampak tapi dia wat dunno jek, dok kalot pi kejar abang2 (banyak akal..selalu jek protes dengan apa yang team girls buat..) budak kecik tuh..haha! Sakit perut aku gelaklaaa. Dah tu bukan satu selipar..! SEMUA orang pun pegang selipar masing2 and baling..hahaha! Caca-merba jadinya. Aku gelak kekeh2 jek..
Ada sekalila kot team girls dapat turn, tu pun yg mula2. Yang kesiannya, team boys baling selipar memang kasi hentam betul r. Kena kepalala, pinggangla. Dahla selipar jenis ape pun sumer dorang hentam. Terompah bebudak pun ade! Kalau kena yang tuh memang benjolla. Seb bekla bebudak tuh baling entah ke mana hala. Hahaha!
Pahtu bila dah penat dorang masuk dalam umah and main Maharaja Lawak plak..hahaha! Fenomena betulla Maharaja Lawak ni..budak2 pun kenal. Tabik springla!
Memang menghiburkanla..teringat balik zaman kanak2 aku. Men galah panjang, main guli, baling selipar, konda-kondi, polis entri (police and thief) and macam2 lagila game tradisional bebudak.  Memang meriah and happening. Tu budak2 dulu. Budak2 skang aku tatawla. Memang best jadi budak2! ^^

2 comments:

  1. aku cite kt mak ak psal ni...gelak gile2 la...tp mmg cheating gile men..haha~

    nnt in future ntah rules ape lak yg timbul kang..

    ReplyDelete
  2. hahaha..kan2! aku yg tngk ni kuar air mata kot gelak..hahhaha..

    ReplyDelete